PEMIKIRAN KRITIS DAN
KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH
Kemahiran
berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah (CTPS) melibatkan kebolehan
berfikir secara kritis, analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan
pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan.
·
Kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam
situasi kompleks dan kabur, serta
membuat penilaian berjustifikasi.
·
Kebolehan mengembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir
seperti menjelaskan, menganalisis
dan menilai perbincangan.
·
Kebolehan mencari idea dan menari penyelesaian alternatif .
·
Kebolehan berfikir melangkaui batas.
·
Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh.
·
Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian
sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang
diberikan.
·
Kebolehan memahami dan menyelesuaikan diri kepada budaya
komuniti dan persekitaran kerja yang
baru.
Bagaimanakah dengan
kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?
Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen
berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.
ISTILAH
Menyelesaikan masalah adalah satu proses
mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan
tertentu.
Menyelesaikan sesuatu masalah
boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan
masalah akan menimbulkan keseronokan.
Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan
masalah sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang tidak
menyenangkan.
Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian
yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak
kesan negatif, maka pilihan itu hendak dipertimbangkan semula ataupun ditolak.
Apabila anda berada dalam situasi berikut,
adakah anda berfikir untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah?
Situasi 1: Berpindah ke rumah baru. Anggota keluarga sibuk mengatur
pelbagai perabot. Didapati sebuah almari pakaian tidak boleh dibawa masuk ke
bilik tidur utama kerana saiznya terlalu besar.
Situasi 2: Terperangkap di
dalam lif.
Sebenarnya, kemahiran berfikir membuat
keputusan berkait rapat dengan menyelesaikan masalah.
Objektif menyelesaikan masalah:
Membuat penyelesaian yang terbaik
Mempertimbangkan banyak pilihan untuk
membolehkan kita bertindak dengan bijak setelah memikirkan banyak pilihan dan
kesan akibatnya.
PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS
Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir
Apakah komponen
utama kemahiran berfikir (KB)?
Komponen utama KBKK:
• Berfikir secara kritis,
• Berfikir secara kreatif.
Apakah kemahiran berfikir secara kritis?
KB secara kritis ialah kecekapan dan
keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah,
dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?
Kecekapan
menggunakan minda untuk:
• menjana dan menghasilkan idea,
• mencipta sesuatu yang baru, asli, luar
biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada
bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
• menerokai dan mencari makna , pemahaman
dan penyelesaian masalah seacara inovatif.
Apakah contoh-contoh
kemahiran berfikir bagi setiap
komponen itu?
Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:
- membanding dan membeza:
- membuat kategori,
- meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
- menerangkan sebab.
- membuat sekuen / urutan.
- menentukan sumber yang dipercayai,
- membuat ramalan,
- mengusul periksa andaian,
- membuat inferens
Contoh kemahiran
berfikir secara kreatif:
- mencipta analogi
- menjana dan menghasilkan idea baru
- mencipta metafora,
Kemahiran Berfikir Secara Kritis
Perkataan kritik berasal daripada bahasa
Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya perkataan
kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang
salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan
keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan
dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
Senarai kemahiran berfikir secara kritis:
• membanding dan membeza:
• membuat kategori,
• meneliti bahagian-bahagian kecil
dan keseluruhan.
• menerangkan sebab.
• membuat sekuen / urutan.
• menentukan sumber yang dipercayai,
• membuat ramalan,
• mengusul periksa andaian,
• membuat inferens
Membanding dan membeza:
Kemahiran membanding dan membeza merupakan
kemahiran yang membolehkan anda meneliti
persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya
berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu.
Contoh kemahiran membanding dan membeza
ialah antara dua tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul
Rahman, antara dua pekerjaan seperti
nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti segi tiga dan piramid, dua
peristiwa dan sebagainya.
Alat berfikir yang boleh digunakan ialah
Pengurusan Grafik Membanding dan
Membeza.
Membuat kategori,
Kemahiran mengkategori ialah aktiviti
minda yang mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke
dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh
diperhatikan. Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis dan mimilih
maklumat serta meletakkan sesuatu perkara itu di bawah satu label / tajuk dan
sebagainya, anda sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda mengklasifikasi dan
mengkategori.
Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
Kemahiran ini dapat membantu kita melihat
dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau
sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan
keseluruhahan.
Setiap bahagian kecil memberi sumbangan
kepada keseluruhan dan bagaimana setiap
bahagian itu berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih
jelas akan dunia di sekeliling kita.
PENYELESAIAN
MASALAH
·
“Mengelakkan masalah adalah perkara penting
dalam penyelesaian masalah. Selain daripadamenyelesaikan masalah, anda boleh
pergi ke penghujung dan mengubahnya untuk mengelakkan ia berlakupada tempat
yang sama” – Edward de Bono
·
Jauharah (1995) masalah boleh ditafsirkan
sebagai perbezaan yang terdapat antara
keadaan sebenar dengan keadaan yang diingini tentang sesuatu benda,
perkara, hal atau keadaan.
·
Contoh: seseorang yang sedang berada di Johor Bahru perlu berada di
Alor Setar dalam masa empat jam. Masalahnya bukan kerana dia tidak berada di
Alor Setar tetapi jarak melebihi 600 kilometer itulah masalahnya untuk sampai
dalam masa empat jam.
Faktor Kegagalan
Penyelesaian Masalah
·
tidak menyedari akan kehadiran masalah
·
menyelesaikan masalah tanpa berfikir secara meluas dan
mendalam
·
menyembunyikan masalah itu dan menganggap seolah-olah masalah
itu tidak ada
·
tiada pengalaman atau tiada ilmu pengetahuan
·
sering memberi perhatian pada bahagian yang nyata sahaja dan
bukannya pada bahagian yang
penting
·
tidak cukup waktu untuk mengumpul data atau menganalisis data