2. Komunikasi terbahagi kepada dua iaitu, verbal dan non-verbal. Komunikasi verbal ialah komunikasi yang disampaikan pengirim kepada penerima dengan cara tertulis (written) atau lisan (oral). Cara bertulis seperti surat khabar, jurnal, ensiklopedia ataupun surat. Manakala lisan pula ialah dari segi percakapan, kebiasaannya face-to-face. Komunikasi non-verbal pula ialah komunikasi yang melibatkan bahasa badan, gaya tubuh dan juga isyarat. Sebagai contohnya, apabila seseorang berminat dengan apa yang diperkatakan oleh pengirim (sender), penerima(receiver) akan menggerakkan tubuh badannya ke hadapan sedikit.
3. 5 langkah proses komunikasi adalah seperti berikut:
- Pengirim membentuk satu idea mengenai maklumat yang hendak disampaikan.
- Pengirim akan mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej.
- Mesej akan melalui saluran komukasi.
- Penerima menerima mesej tersebut lalu mendekodkannya.
- Maklum balas ataupun respons (feedback) akan dihantar kepada pengirim.
- Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan
- Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis
- Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas
- Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar
- Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan
- Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan
- Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan
- Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan
- Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan
- membantu menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara memberikan maklumat dengan jelas dan tepat.
- menyampaikan maklumat dengan efektif kepada orang lain.
- meneggerakkan sesebuah organisasi dengan lebih baik dan berkesan.