Pada 5/3/2016 yang lalu, kumpulan kami iaitu kumpulan empat telah diberi
tugasan untuk membentangkan mengenai salah satu kemahiran insaniah (KI) iaitu
kerja berkumpulan. Kerja berkumpulan membawa maksud sekumpulan manusia yang berkerja
bersama-sama dalam satu unit organisasi seperti sekolah dan sebagainya. Sesebuah
kumpulan itu terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai
kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran,
kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap
prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.
Kami telah menjalankan aktiviti atau lebih dikenali sebagai latihan
dalam kumpulan iaitu LDK dimana para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Aktiviti ini telah dinamakan sebagai ‘teka apa itu?’ dimana seorang wakil
dikehendaki berada di hadapan untuk manggayakan perwatakan atau menerangkan
kepada rakan sepasukan mereka tentang perkara yang perlu mereka lakonkan tanpa
menggunakan suara sama ada peribahasa, perlakuan, haiwan dan sebagainya.
Sepanjang
aktiviti ini berlangsung, kami dapati bahawa terdapat sesetengah kumpulan yang
dapat meneka dengan baik, begitu juga sebaliknya. Namun demikian, aktiviti ini
berjaya melatih para pelajar agar mempunyai semangat kerja berkumpulan yang
tinggi dalam menjayakan aktiviti ini. Secara tidak langsung, para pelajar juga
menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan dapat berfikir secara kreatif untuk
menyampaikan mesej kepada rakan mereka tanpa menggunakan suara dan hanya
bergantung kepada pergerakan tubuh badan sahaja.