Pengenalan
Menuntut ilmu adalah satu keperluan asas bagi semua bangsa di dunia tanpa mengira agama dan keturunan.3 Tahap Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Kebolehan mencari dan mengurus maklumat yany relevan daripada pelbagai bidang.
- Kebolehan menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi.
- Kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu.
Prinsip Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pembelajaran sepanjang hayat dibahagi kepada dua iaitu secara formal dan tidak formal. Secara formal bermaksud seorang itu mendapat pendididkan yang diiktiraf di mana seseorang itu perlu melalui satu tempoh pengajian yang ditetapkan. Manakala tidak formal pula adalah prmbelajaran yang dipelajari melalui pengalaman seseorang. Contohnya, seorang bayi mempelajari berjalan selepas kerap kali terjatuh.
Kaedah Pembelajaran Berterusan
Penglibatan - Melalui sesuatu tugasan, topik atau konsep, memupuk minat dan membangkitkan persoalan.
Penjalajahan - Melalui penggunaan pendekatan inkuiri untuk mejelajah dan menyiasat ataupun melalui eksperimen.
Penerangan - Pertanyaan tentang penerangan orang lain dan membuat pertimbangan dan penjelasan.
Penghuraian - Memperdalamkan konsep ke dalam sudut kandungan yang lain dengan melakukan hubung kait.
Penilaian - Mengakses pengrtahuan pelajar dan kemahiran serta konsep dengan mengemukakan soalan terbuka.
Permainan - ' Caterpillar '
Permainan 'caterpillar' ini diibaratkan proses pembelajaran. Kita perlu sentiasa focus dan peka terhadap peubahan dalam kehidupan. Selain itu, kita hendaklah mengetahui kelebihan dan kelemahan diri sendiri supaya kita dapat mempergunakan kelebihan diri untuk mengatasi cabaran kehidupan serta memperbaiki kelemahan diri.