Jumaat, 29 April 2016

Mesyuarat dan Lawatan ke Tempat Projek



Pada 27 April 2016, satu mesyuarat rasmi telah diadakan bersama beberapa wakil dari pihak yang terlibat dengan projek mini ekspo yang akan dijalankan. Antaranya ialah bersama KPDNKK, wakil Majlis Daerah Pontian, wakil ADUN dan pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah Pontian. Seramai 12 orang pelajar termasuk fasilitator dari 2 kumpulan, Kumpulan 34 dan 44 terlibat dalam mesyuarat ini. 

 

 

 



Mesyuarat ini telah memberi pemahaman yang lebih kepada pihak yang terlibat dengan Projek Mega Kumpulan Bakti Siswa 34 dan 44 pada 19-22 Mei nanti. Selain dapat menimba pengalaman baru, pelajar juga dapat mejangkakan perjalanan aktiviti Mini Ekspo dengan melihat sendiri tapak projek.

Ahad, 24 April 2016

Program "Pelajar Sihat dan Cerdas UPM CEMERLANG"


         Satu program gotong-royong "Pelajar Sihat dan Cerdas UPM CEMERLANG" telah diadakan pada 23 April 2016 di Laman Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Program yang melibatkan kumpulan kokurikulum berkredit ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Datin Paduka Dr. Aini Ideris selaku Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

            Program dimulakan dengan senaman zumba bersama semua fasilitator dan pelajar sebagai aktiviti memanaskan badan sebelum mula bergotong royong. Beberapa kumpulan dibahagikan mengikut zon, dari Zon 1 sehingga Zon 8. Kumpulan Bakti Siswa 44 telah diberi Zon 3 iaitu di Fakulti Seni dan Reka Bentuk (FRSB) sebagai kawasan untuk bergotong-royong. 

            Kedatangan kami disambut mesra oleh Gs. Dr Mohd Johari Mohd Yusof merangkap Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa dan HEPA) fakulti tersebut. Taklimat ringkas telah diberikan sebelum aktiviti gotong-royong bermula. Kemudiannya, kami dibawa ke tapak semaian dan landskap FRSB.




Comel je fasi kita ni hehehehe..

 

Jelasnya, program sebegini merupakan salah satu langkah yang baik untuk melahirkan mahasiswa yang sihat, cerdas dan cemerlang di samping mengenali fakulti yang ada di UPM. Mahasiswa juga dapat mengaplikasikan Kemahiran Insaniah seperti Kemahiran Komunikasi dan Semangat Kerja Berpasukan sewaktu program ini dijalankan.

Isnin, 21 Mac 2016

Aktiviti Car Wash Minggu Keempat


Pada perjumpaan kali keempat Bakti Siswa Kumpulan 34 dan 44, satu aktiviti car wash telah diadakan dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi Projek Mega akan datang.  Bayaran RM6 dikenakan untuk mencuci kereta dan RM3 untuk motosikal.

Setiap unit AJK sekurang-kurangnya mesti mendapatkan 10 buah kereta. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membasuh kereta, membersihkan bahagian dalam kereta dengan menggunakan pembersih vakum, mengilatkan permukaan tayar.

Walaupun hari minggu (Sabtu) dan cuaca amat panas, sambutan amat menggalakan. Sebanyak 40 buah kenderaan berjaya dicuci.Satu lagi aktiviti car wash bakal diadakan pada Minggu Kelapan dengan persetujuan semua ahli kumpulan.

Ahad, 13 Mac 2016

Kemahiran Insaniah : Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pengenalan

Menuntut ilmu adalah satu keperluan asas bagi semua bangsa di dunia tanpa mengira agama dan keturunan.


                                      



3 Tahap Pembelajaran Sepanjang Hayat

  • Kebolehan mencari dan mengurus maklumat yany relevan daripada pelbagai bidang.
  • Kebolehan menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi.
  • Kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu.



Prinsip Pembelajaran Sepanjang Hayat

        Pembelajaran sepanjang hayat dibahagi kepada dua iaitu secara formal dan tidak formal. Secara formal bermaksud seorang itu mendapat pendididkan yang diiktiraf di mana seseorang itu perlu melalui satu tempoh pengajian yang ditetapkan. Manakala tidak formal pula adalah prmbelajaran yang dipelajari melalui pengalaman seseorang. Contohnya, seorang bayi mempelajari berjalan selepas kerap kali terjatuh.



Kaedah Pembelajaran Berterusan

Penglibatan - Melalui sesuatu tugasan, topik atau konsep, memupuk minat dan membangkitkan persoalan.

Penjalajahan - Melalui penggunaan pendekatan inkuiri untuk mejelajah dan menyiasat ataupun melalui eksperimen.

Penerangan - Pertanyaan tentang penerangan orang lain dan membuat pertimbangan dan penjelasan.

Penghuraian - Memperdalamkan konsep ke dalam sudut kandungan yang lain dengan melakukan hubung kait.

Penilaian  - Mengakses pengrtahuan pelajar dan kemahiran serta konsep dengan mengemukakan soalan terbuka.


                           



Permainan - ' Caterpillar '







Permainan 'caterpillar' ini diibaratkan proses pembelajaran. Kita perlu sentiasa focus dan peka terhadap peubahan dalam kehidupan. Selain itu, kita hendaklah mengetahui kelebihan dan kelemahan diri sendiri supaya kita dapat mempergunakan kelebihan diri untuk mengatasi cabaran kehidupan serta memperbaiki kelemahan  diri.



Kemahiran Insaniah : Kerja Berkumpulan









                          Pada 5/3/2016 yang lalu, kumpulan kami iaitu kumpulan empat telah diberi tugasan untuk membentangkan mengenai salah satu kemahiran insaniah (KI) iaitu kerja berkumpulan. Kerja berkumpulan membawa  maksud sekumpulan manusia yang berkerja bersama-sama dalam satu unit organisasi seperti sekolah dan sebagainya. Sesebuah kumpulan itu terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.

                          Kami telah menjalankan  aktiviti atau lebih dikenali sebagai latihan dalam kumpulan iaitu LDK dimana para pelajar telah  dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Aktiviti ini telah dinamakan sebagai ‘teka apa itu?’ dimana seorang wakil dikehendaki berada di hadapan untuk manggayakan perwatakan atau menerangkan kepada rakan sepasukan mereka tentang perkara yang perlu mereka lakonkan tanpa menggunakan suara sama ada peribahasa, perlakuan, haiwan dan sebagainya.

                          Sepanjang aktiviti ini berlangsung, kami dapati bahawa terdapat sesetengah kumpulan yang dapat meneka dengan baik, begitu juga sebaliknya. Namun demikian, aktiviti ini berjaya melatih para pelajar agar mempunyai semangat kerja berkumpulan yang tinggi dalam menjayakan aktiviti ini. Secara tidak langsung, para pelajar juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan dapat berfikir secara kreatif untuk menyampaikan mesej kepada rakan mereka tanpa menggunakan suara dan hanya bergantung kepada pergerakan tubuh badan sahaja.