Ahad, 24 April 2016

Program "Pelajar Sihat dan Cerdas UPM CEMERLANG"


         Satu program gotong-royong "Pelajar Sihat dan Cerdas UPM CEMERLANG" telah diadakan pada 23 April 2016 di Laman Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Program yang melibatkan kumpulan kokurikulum berkredit ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Datin Paduka Dr. Aini Ideris selaku Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

            Program dimulakan dengan senaman zumba bersama semua fasilitator dan pelajar sebagai aktiviti memanaskan badan sebelum mula bergotong royong. Beberapa kumpulan dibahagikan mengikut zon, dari Zon 1 sehingga Zon 8. Kumpulan Bakti Siswa 44 telah diberi Zon 3 iaitu di Fakulti Seni dan Reka Bentuk (FRSB) sebagai kawasan untuk bergotong-royong. 

            Kedatangan kami disambut mesra oleh Gs. Dr Mohd Johari Mohd Yusof merangkap Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa dan HEPA) fakulti tersebut. Taklimat ringkas telah diberikan sebelum aktiviti gotong-royong bermula. Kemudiannya, kami dibawa ke tapak semaian dan landskap FRSB.




Comel je fasi kita ni hehehehe..

 

Jelasnya, program sebegini merupakan salah satu langkah yang baik untuk melahirkan mahasiswa yang sihat, cerdas dan cemerlang di samping mengenali fakulti yang ada di UPM. Mahasiswa juga dapat mengaplikasikan Kemahiran Insaniah seperti Kemahiran Komunikasi dan Semangat Kerja Berpasukan sewaktu program ini dijalankan.