Jumaat, 29 April 2016

Mesyuarat dan Lawatan ke Tempat Projek



Pada 27 April 2016, satu mesyuarat rasmi telah diadakan bersama beberapa wakil dari pihak yang terlibat dengan projek mini ekspo yang akan dijalankan. Antaranya ialah bersama KPDNKK, wakil Majlis Daerah Pontian, wakil ADUN dan pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah Pontian. Seramai 12 orang pelajar termasuk fasilitator dari 2 kumpulan, Kumpulan 34 dan 44 terlibat dalam mesyuarat ini. 

 

 

 



Mesyuarat ini telah memberi pemahaman yang lebih kepada pihak yang terlibat dengan Projek Mega Kumpulan Bakti Siswa 34 dan 44 pada 19-22 Mei nanti. Selain dapat menimba pengalaman baru, pelajar juga dapat mejangkakan perjalanan aktiviti Mini Ekspo dengan melihat sendiri tapak projek.

Ahad, 24 April 2016

Program "Pelajar Sihat dan Cerdas UPM CEMERLANG"


         Satu program gotong-royong "Pelajar Sihat dan Cerdas UPM CEMERLANG" telah diadakan pada 23 April 2016 di Laman Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Program yang melibatkan kumpulan kokurikulum berkredit ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Datin Paduka Dr. Aini Ideris selaku Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

            Program dimulakan dengan senaman zumba bersama semua fasilitator dan pelajar sebagai aktiviti memanaskan badan sebelum mula bergotong royong. Beberapa kumpulan dibahagikan mengikut zon, dari Zon 1 sehingga Zon 8. Kumpulan Bakti Siswa 44 telah diberi Zon 3 iaitu di Fakulti Seni dan Reka Bentuk (FRSB) sebagai kawasan untuk bergotong-royong. 

            Kedatangan kami disambut mesra oleh Gs. Dr Mohd Johari Mohd Yusof merangkap Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa dan HEPA) fakulti tersebut. Taklimat ringkas telah diberikan sebelum aktiviti gotong-royong bermula. Kemudiannya, kami dibawa ke tapak semaian dan landskap FRSB.




Comel je fasi kita ni hehehehe..

 

Jelasnya, program sebegini merupakan salah satu langkah yang baik untuk melahirkan mahasiswa yang sihat, cerdas dan cemerlang di samping mengenali fakulti yang ada di UPM. Mahasiswa juga dapat mengaplikasikan Kemahiran Insaniah seperti Kemahiran Komunikasi dan Semangat Kerja Berpasukan sewaktu program ini dijalankan.